Sunday, April 20, 2014

apa pun je la

Hey

So dah bedebu sangat la blog aku ni kan? lately ni aku malas dah type type ni, bukan malas apalah, sibuk dengan pbs aku pun dah cukup lah. huhu

Aku tak da idea la nak update apa apa, lain kali la erk.. banyak cerita sbenanya tp aarhh lantak la, malas nak crita, kalau aku cakap juga umpama aku buka kisah sedih pula.. :( well, macam ni je la kisah aku, sedih sangat sebab selalu je putus cinta, putus harapan and so on.. so far takda yang melekat. budus amat kan, macam minta simpati pula, ok fine. hahahah!
Tak payah la fikirkan sangat, tak buat untung pun kan buat hati sakit, runsing, cemburu lagi ada kalau bercinta.. maybe Tuhan sedang sediakan calon yang terbaik untuk aku kot. hehe, ok i'll waiting for that.

Let us talk about education. So far memang terok, nak tau kenapa? semenjak aku buat pbs akuni kan, aku tak ada masa nak buka buku lain, swear aku macam malas dah, apuu mati keja~ Mana boleh malas ni kan, nanti impian nak masuk universiti masuk unaco pula, hahaha :D

Ok la, aku sedar yang hidup ni tak senang. Setiap apa yang kita impikan kita mesti usaha lebih untuk dapatkan hasil yang terbaik, am i? hehehehe ^^
Aku berangan nak masuk Universiti Putra Malaysia, dari aku form 3 lagi aku dh set target tu. So mulai sekarang aku kena usaha keras untuk ke arah itu, orang lain tak boleh tolong tau kalau tak diri sendiri yang tolong, reminder untuk diri aku juga okay!

Entry kali ni aku tak sentuh la isu isu perasaan ni ye, sensitif la topik tu buat masa ni, hee faham faham je la erk :D



Kbye~

Friday, March 7, 2014

Kata hati menguasai jari

Aku rasa terlalu berat untuk menghadapi tapi aku kena kuat. Ya, memang aku tipu diri tapi aku rasa dengan cara itu mampu buat lebih ke hadapan

Bukan tak nak buat. Bukan tak nak paksa. Bukan tak nak. Cuma benda ini amik masa dan masa itu mungkin perlukan yang lebih lama apatah lagi kalau ianya melibatkan hati dan perasaan.

Maaf, entry ini bukan untuk hanya kau semata-mata kerana kau masih lagi tak kenal aku luar dan dalam, isi dan luar. Aku sentiasa dihidangkan dengan pelbagai cerita yang bisa buat aku terduduk dan terdiam makanya kau tak perlu nak risau tentang siapa di sebalik entry ini

Aku hanya menulis dan meluahkan apa yang aku rasa. Tak perlu nak perahkan otak fikirkan siapa, mengapa dan kenapa. Sebab itu semua hanya pada aku. Aku tak mampu nak ceritakan semua cuma aku mampu beritahu apa yang aku rasa

Perkataan mungkin itu sendiri menyakitkan aku. Aku hidup dalam apakata, mungkin, kalau, macam mana dan sebagainya yang akhirnya buat aku terus dalam kurungan yang aku sendiri buat. Kadang-kadang aku sendiri keliru dalam membuat pilihan samada aku patut melangkah keluar atau terus terusan dalam kurungan sepi aku ni

Aku cuma mau satu hari nanti, ada orang di sebalik pentas dunia ini ; yang mampu buat aku gembira bila aku sedih, yang mendengar cerita aku tanpa jemu, yang tenangkan aku ketika aku gelisah, yang fahamkan aku bila aku keliru, yang jelaskan aku bila aku kabur, yang tarik aku ketika jatuh, yang senyum dengan aku bila aku gembira, yang sedih bila aku menangis, yang pegang tangan aku bila aku lemah, yang peluk aku ketika aku tersungkur, yang terus melihat ke dalam mata aku tanpa jemu

Nahh - sekarang aku dah beritahu apa yang aku mahu. Susah lagi ke untuk kau tunaikan?

Sampai hari ini aku masih kuat menghadapi apa jua liku-liku kehidupan, paham bisa~


Monday, February 3, 2014

silent mood


Hello geng, lama juga tak buat update kat blog ni. Aku tak tau la nak update apa sebenarnya sepanjang bulan Januari yang lalu. Macam biasa la kan, life aku ni busy sangat, mengalahkan PM la kononnya, hanya orang tertentu saja faham maksud aku ni. Ala mengada-ngada pula aku kan, tak payah la cerita lebih sangat.

What's on my mind now? aku tak tau la, tapi jari aku gatal pula nak menari nari atas keyboard ni, aku cuba la buat update terbaru.

So far, homework memang berlambak la, tak da komen la pasal homework tu. Apatah lagi sem ni kami busy buat pbs sej dengan p.Am, memang full time study punya orang. Nak tidur pun tak tenang tau, makan pun tak kenyang. Hok aloh, macam word orang bercinta pula.

Ok, cakap pasal bab bercinta. Masih ingat ke yang aku pernah update pasal jejaka yang aku nak try bulan disember taun lepas? hehehe ^^ macam kerang busuk pula tersengih-sengih time ni. akhirnya dapat juga aku jejaka tu, berbunyi juga kalau bertepuk dua belah tangan, hoho ~ Happy arh sebab dapat orang yang kita suka kan, bukan tu saja, malah kalau dia faham keadaan susah senang aku, memang aku hargai sangat. Cukup la k, tak perlu cerita lebih sangat, benda ni perlu kontrol sikit, nahas la kalau timbul isu besar, just follow the time flow, take it easy aite ? :D

Bercinta ke tak, sekarang ni masa untuk kejar ilmu. Bukan sekali dua aku dengar word tu, memang tiap hari word yang sama aku dengar dari mulut mak aku. Semua perkara yang aku nak buat, mesti bertindak atas rasional. Aigoo ~ itu la aku syukur juga sebab aku dapat kontrol emosi walaupun kadang-kadang meletup juga. Simple saja, kalau ada masalah carilah kawan untuk meluahkan apa yang terpendam tu, sometimes parents ada slow sikit kalau bab meluah perasaan kan, tu la gunanya kawan. Tapi kena hati-hati la kalau nak bercerita dengan diaorang.

Waaa ~ menguap pula, ehh cukup la tu k. Next time aku buat entry yang baru. Terima kasih la sebab dah spent masa sikit untuk baca entry ni sampai habis walaupun agak boring i guess, hehehe. Peace ^^


Saturday, December 28, 2013

Last post 2013, quick update ^^

Hello guys

Apoo lama tak singgah blog ni, macam dah berhabuk. Ada nampak habuk tak kat celah celah blog ni? Haha gurau sajalah ~

Sorry la aku memang payah sikit nak buat update kat blog ni, ala malas la nak duduk depan lappy. Biasalah handphone sekarang kan dah canggih, so online saja guna phone. Aku biasa active kat wechat dengan facebook. Memang banyak benda yang aku selalu update dekat wechat, facebook ni kurang sikit sebab banyak status aku tu perlu privacy sikit, hehe. Faham sajalah ~

So baru baru ni, aku memang buzy dengan kerja part time aku, tu la tolong mak aku dekat gerai dia. Mula mula cuti dulu, memang penat giler layan customer, penat berdiri, memang busy arh time tu. Duit pun selalu masuk poket, hehehe ^^ tapi bila dah masuk bulan Disember ni, bisnes ada slow sikit sebab hujan. Siang malam hujan, hujan hujan hujan -_-

Now aku cerita sikit la apa aku buat masa cuti ni. Korang nak tau? Ala aku busy layan perasaan entah jiwang apa tu hahhahaha! Kalau imbas balik apa yang aku update dekat wechat tu, perghh memang aku dapat anugerah jiwang terbaekk punya. Dah hampir 3 bulan solo, tu yang melalut tak tentu pasal, heee kasih malu saja beb ~

Masa cuti ni ada dua jejaka yang aku nak try, sungguh dua orang ni memang dapat buat aku tersenyum walaupun cuma dalam mesej, chat and so on. Kalau nak cakap jumpa tu, memang tak pun. Itu la masalahnya, aku cepat sangat perasan dengan apa yang aku rasa, haishh dunia maya ni bukan boleh percaya sangat. Tu la yang aku rasa bodoh sangat sebab buang masa dengan benda tu semua. Apa orang putih cakap : nonsense! Haaaa ~

Tapi tak apalah, sekurang-kurangnya cuti aku pun dah nak habis, cuti yang diisi dengan aktiviti yang tak berfaedah, asyik nak layan jiwang je. Now tinggal berapa hari lagi nak masuk sem 2, so dah tak boleh main lagi dah. Banyak assigment wooo ~

Tak da la banyak sangat benda aku nak update kat sini, Cuma nak cakap diri busy saja and malas nak singgah blog. Hahaha! Add my wechat ID : anniej60







Monday, December 2, 2013

Just listen to your heart

Hey J

Tak berasa pula dah masuk bulan Disember kan, maksudnya dah nak bertukar tahun la kan? Masa sekarang cepat berlalu kan, umur pun dah meningkat. Perangai pun macam dah matured la, haha~

So apa crita sekarang?

Okay, macam ni..

Aku makin buzy la kebelakangan ni. Memang dah holiday, dah bebas dari exam tapi aku sekarang buat part time la tolong mak aku kat gerai aku, tu yang buat aku buzy ni haa. Blog pun tak sempat nak singgah, mana tak nya, start bukak gerai petang, nanti tengah malam baru balik.

Ohh, tak payah la ckap pasal gerai. Ni aku ada cer, semalam kan, sedang aku sibuk sibuk dekat gerai aku tu, da sorang budak ni datang gerai aku la nak tapau kan, tengok dari jauh ooo hensem budak tu..dia senyum kat aku la wei, aku pun bagi senyuman yang paling manis dekat dia. Hehe~
Tapi, bila dia dah berdiri depan gerai aku, terbeliak biji mata aku, macam aku kenal budak ni. Lama aku tengok dia dari atas ke bawah, ya ampun itu ex boyfriend aku. Sumpah hensem dia, aku pun hampir tak cam muka dia. Hahaha~

Okay ni lain lagi crita,

Aku ada hati kat sorang budak ni. Sekian lama aku dah single, tak lah lama sangat. Haha~ nama dia tuutt.. tak payah la tau. Malu la. Mulanya kami chatting dekat fb, biasa la tu kan, perkenalan dalam laman muka buku. Hehe. Lepas dua tiga hari kami jarang nak terONLINE sama sama, so dia pun minta lah number aku. Aku pun kasih kat dia la. (dalam hati ada taman) hehehehe~

Hampir seminggu bermesej, dia ajak aku couple. Haa! Terkejut aku tau, aku pun reject la dengan baik. Aku cakap slow slow la dulu. Dia pun jawab ok. Tapi sehari lepas tu, hati aku pula meronta ronta nak ouple dengan dia. Yahh, giler rasanya. So aku decide untuk confess la perasaan aku dengan dia. Aku main la ayat berbunga dengan dia, aduh dia boleh tak faham pula maksud aku, tak kan lah aku terus nak straight to the point, malu ahh.. maruah ni kena jaga sikit. Hehe

Tapi sekarang apa critanya pula, kitorang macam dah renggang pula. Dia busy kot, aku pun sama gitu, tapi hati aku dah mula rindu kat dia. Huhu. Tapi aku suka dengan quote ni “the less u care, the happier u will be” haaa tu la yang aku ingat sekarang. Harap semuanya ok la. Ni belum bercouple lagi tau, aku baru nak buka pintu hati slow slow, tapi tak mustahil juga aku akan tutup baru nanti,hoho.. dah bias singla ni, macam takut pula nak bercouple lagi. Macam janggal pula.


Okay la sampai disini dulu. Hey, it’s a month of christmas, hoho ^^




Terima kasih kerana sudi baca sampai habis :)

Tuesday, November 5, 2013

NOVEMBER, bulan perjuangan berentap dengan final exam untuk penggal 1 (Quick update)

Hey J

Aku curi masa ni untuk update blog, hehehe tengok jam tu pukul berapa dah, orang lain dah 2 3 kali bermimpi weii ~

Lately ni aku sangat sangat busy, maklum la student form 6,tengah prepare untuk final exam untuk penggal 1. Dushh! Jadual pun dah tak tentu arah, perasaan pun macam dah berdebar-dear nak duduki exam ~

Aku tau korang pun macam aku juga kan? Buat pecutan terakhir, ulangkaji pa semua, sungguh aku tak pernah serajin ini dulu, hoho ~ Tipulah kan kalau aku cakap aku tak tension. Aku stres juga ni, perasaan takut pun ada, macam tak confidence pula, huhu.

Tapi kan, untuk apa lah nak risau sangat, buat apa nak takut, buat saja apa cikgu pesan, buat ulangkaji, masa exam just do the best, jangan biar perassan takut menguasai jiwa, tak baik tau, sebab perasaan takut tu lah yang memusnahkan keyakinan diri korang. Yeahh ~ motivasi untuk diri sendiri juga kan J

Ok, aku nak luah sikit kat sini. Ni hah aku nak tanya pendapat korang, untuk apa korang bercinta? Epp! mesti dah tau kenapa kan, hampehh la aku ni tanya soalan macam ni. Aku jeles tau tengok orang bercouple, tengok diaorang happy. Hmmm bila lah turn aku ohh? Kalau boleh kan, aku nak boyfriend yang badannya tough macam Aaron Aziz tu. Uii tipulah kalau korang tak terpikat, hahahahaha! Jangan marah ^^
Eh please la annie, jangan buabg masa emas ni dok pikir benda tu semua, jodoh pasti ado, jangan takut tak da boyfriend. Banyak kumbang dekat luar, pandangan kau belum luas lagi, kaki kau belum melangkah jauh lagi tau. Haa ingat tuu!

Ok la, sampai sini dulu k, mata dah ngantok ni, kalau tak sebab aku download barang tadi, aku pun tak tau la bila nak update blog aku ni. Ye lah dah busy buat ulangkaji tengah malam. Kalau nak contact dengan aku, aku selalu appeare kat wechat, fb and twitter. Tapi tak lama la, macam chipsmore bah.
Last dari aku, good luck kepada semua kawan aku yang menduduki exam bulan ni, tak kira la exam apa, SPM ka STPM ka, jangan lupa juga selalulah berdoa dengan yang maha berkuasa, selalulah buat baik dengan orang, barulah berkat tau. PEACE ^^



Sunday, October 6, 2013

Tips bagi mereka yang putus cinta atau sewaktu dengannya :)

Hai guys J
Pagi ni aku ada masa nak udate blog sebab tak turun sekolah, hahaha~ apa lah :D Kenapa tak turun annie? Laa selalu saja tak turun sekolah.. “aku punya suka lah” opps! Hehehehe ^^ Ada lah sebabnya tu~
Hari ni aku nak update pasal tips untuk kawan-kawan aku yang baru putus cinta tu. Errkk? Ada pengelaman lah katakan, hehehe~ aku memang murah hati tau nak kongsi apa yang aku rasa setakat ni, bukannya sengaja nak hangatkan topik putus cinta ni, tapi bila saya on9 baru-baru ni kan, homepage FB aku penuh dengan status kengkawan yang patah hati, break up dengan couple diaorang. So aku pun terfikir nak share sedikit pengelaman aku tu J
Ok, kali ni aku bagi tips untuk korang handle masalah putus cinta tu, harap harap dapat bantu la errk? Memang kena ambil masa juga, tapi korang kenalah kuatkan semangat dan jangan lupa berdoa pada DIA.
1st Menangis lah puas puas lepas korang break up tu. Tak nak nangis pun tak apa tapi nanti sakitlah dada kau tu duk menahan sebak saja kan? So dari korang duk simpan saja, baik nangis. Nangis puas-puas sampai bengkak mata lagi bagus. Sebab apa? Sebab esok lusa kita dah tak nak ingat dia dah okay? :)

Ada sesetengah orang tu sekali saja nangis lepas tu terus hati kental bagai macam keluli periuk mak kita kat dapur tu. Ada sesetengah tu pula tiap tiap malam memang menangis teruk giler lah, macam aku dulu -.-

Its okay kalau kau nak menangis tapi jangan sampai merosakkan diri kau. Menangis lepas tu terus tak pergi kerja ke, tak buat assignment ke, tak pergi kelas ke, apahal pulak? No no ~ tak boleh macam tu. Life must go on okay sayang-sayang ku sekalian? Tambahan pula, konfem lepas menangis korang akan rasa macam lega sikit lah ~ Sikit pun jadi lah kan? :)





2nd pergi karaoke. Serius aku cakap, kau pergi lah karaoke lepas tu pilihlah lagu-lagu yang macam boleh boost up kan kau punya energy. Contoh lagu yang rancak dan macam kau boleh melompat-lompat sikit lagu Akan ku Tunggu by Candy, Mama by MCR, lagu rock iban ke atau apa-apa sahaja lagu yang boleh kau menjerit puas-puas hati.

Sebab apa? Sebab bila kau menjerit, kau seakan-akan melepaskan sesuatu yang kau simpan dalam dada kau tu. Aku pernah buat benda ni. Masa aku putus cinta, kawan-kawan aku bawa aku pergi karaoke. Lepas tu dah terus addict  dengan karaoke sampailah ke sekarang ni, oh ya kat rumah pun boleh buat tapi kena cun pada masa ok -.-

Make sure kau bawalah kawan-kawan kau sekali masa pergi karaoke tu. Atleast kau tak adalah rasa sunyi dan macam orang gila saja kan duduk dalam bilik karaoke tu. Tapi kalau kau nak pilih lagu yang jiwang-jiwang macam lagu Pesanan Buat Kekasih by Spring ke boleh je tapi konfem lah kau akan menangis tersedu-sedu, macam aku. Sobssssssssssss :'(




3rd tengok cerita/program/kartun lawak. Hello? Sekarang ni kan dah ada macam-macam cerita lawak. Kau pergi saja layan Youtube tu malam-malam dan tengok semua cerita tu. Kau cari lah Zizan dan Johan ke, tengok Maharaja Lawak ke, tengok Super Spontan ke. Konfem kau akan layan habis sebab diorang ni buat lawak yang sumpah macam nak kena lempang kan?

Bila kau gelak, konfem lah kau akan kurangkan rasa sedih tu sebab kau akan macam lupakan kejap kisah sedih kau tu. Just ketawa sajalah puas-puas hati kau biarpun orang lain rasa benda tu tak lawak. Haaaa ~ tak pun layan saja Running Man tu, macam kawan sekelas ku memang addict dengan running man tu. Tapi aku tak layan lah sebab aku takut aku jadi addict  -.-






4rd sibukkan diri kau dengan kerja/study dan macam-macam lagi kerja yang konfem buat kau buzy. Tu petua yang paling utama. Untuk kengkawan yang bakal duduki stpm and spm tahun ni, korang tak perlulah fikirkan sangat hal lain selain daripada study. Eeerrk? Aku sendiri pun tak buat macam ni pun, hahaha :D

Lepas ni kita sama sama sibukkan diri ok, untuk kejayaan bersama, sibuk belajar ok, jangan pula kau belajar sambil kau layan msj yang buat kau leka tu. Jangan cik jangan. Fikir masa depan kau tu, dia buat kau kecewa sekarang tak semestinya dia dapat hancurkan masa depan kau, banyak lagi kumbang diluar sana.

Bila kau busy dan ada kerja banyak, otak kau akan selalu duk fikir macamana nak settlekan kerja yang kau dah ambil tu. Otak kau akan selalu bekerja sehinggakan tak ada masa nak fikirkan pasal benda lain esp pasal ex kau. Betul woi ~ Aku dah buat dan benda ni ternyata sangat-sangatlah mujarab :)

Tapi satu saja lah ~ jangan sampaikan duk buzy sampaikan kesihatan pun terbiar juga ok? :)






5th menulis. Kadang-kadang lepas kita dah buat semua benda ni, kita masih tak boleh lupakan dia. Kita menangis, teringat dekat dia dan rindu. Kalau macam tu, apa kata luahkan semuanya melalui penulisan, dengan berkata-kata. Mudah-mudahan boleh :)

Tapi ramai cakap yang "alaaa aku tak pandai nak menulis lah". Woi woi kawan-kawan ku sekalian, korang ingat aku ni reti sangat ker? Aku ni reti tulis benda benda tu time aku putus cinta saja :D Kalau nak suruh aku tulis sekarang, memang tak lah woi ~ Tapi serius aku cakap, luahkan perasaan sedih tu melalui kata-kata akan buat korang rasa lega :) Harap begitu la yer~






6th menjerit. Haaaaaaaaaaa ~ tips yang ni lebih kurang sama saja macam tips yang atas tadi tapi kali ini caranya macam berbeza sikit. Kau pergi naik satu tempat yang tinggi ; bukit ataupun padang luas contohnya, tarik nafas dalam-dalam, sedut semua kesedihan kau dan menjeritlah puas-puas sampaikan kau rasa macam lega. Aku tak tipulah sebab aku pernah buat dekat  dulu masa study 2 bulan sebelum SPM. See? Orang lain belajar, aku sibuk layan perasaan -.-

Lepas dah menjerit, mesti rasa macam lega sikit. Kadang-kadang lepas kau menjerit, mesti kau akan menangis. Betul lah kan ~ Aku tak tipu sebab kawan-kawan aku dulu semuanya menangis termasuk aku lah. HAHA :D







7th bersukan/jogging/menari. Okay yang ni aku tengah on the way nak praktikkan. Aku putus cinta ker? Eh tak lah ~ Aku cuma rasa sunyi saja sekarang ni so aku nak menarilah. Manalah tau kan menari tu esp buat zumba boleh buat  aku slim macam dulu. Hohoii!  HAHA :D Ada ke macam tu ~


Bila korang menari/berjogging, korang akan rasa lebih segar dan semua kuman-kuman bercinta korang akan keluar. HAHA :D Lantak lah ~ Tapi memang betul sebab lepas korang jogging/menari, korang akan rasa macam mengalami satu keadaan yang macam dah bertukar. Aku tak tahu nak cakap macam mana sebab korang kena rasa sendiri okay? :)

Kalau korang main sukan pula, konfem lah korang akan begitu fokus dengan game yang korang main sampaikan macam korang boleh lupa kejap benda-benda sedih :) Betul la :) Aku tak tipu ~











8th luahkan kepada kawan-kawan yang korang percaya. Tipulah kalau dalam hidup korang tak ada kawan yang korang percaya kan? Berceritalah dengan dia, luahkan segala-galanya sebab mudah-mudahan beban akan rasa berkurang. Dan kawan-kawan korang pasti akan tolong dan bagi nasihat dekat korang.
Tapi janganlah pilih kawan-kawan yang merosakkan korang. Mentang-mentanglah nak lupakan benda-benda sedih, diajaknya kau buat benda tak elok. Ajak kau pegi club ke minum ~ Fikir secara waras tau? Aku pernah buat macam ni dulu, jujur aku cakap, memang puas tau, tapi aku tak lah naik club. Jangan disebabkan dah putus cinta, bajet boleh buat semua benda dengan alasan nak happykan diri. Jangan begitu ye adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak ye? :) Saya sayang awak semua. HAHA :D






9th bagi yang agama Kristian kau boleh buka bible layan firman and yang agama Muslim mengaji al-Quran. Yang ni memang mujarab sebab bila korang melayani/mengaji korang akan rasa tenang saja. Lagipun kita kan akan dapat pahala. Jujur aku cakap, aku memang tak kuat sangat dalam bab bab macam ni, tapi sikit tu aku tau lah, heheheh  ~

Tapi janganlah sebab putus cinta saja baru nak melayani/mengaji kan? Kalau dah gembira dan dapat lupakan cerita-cerita sedih tu, apakata teruskan saja pelayanan/mengaji al-Quran tu. Tuhan lagi suka. Malaikat pun akan lagi suka kalau tengok kita macam ni. Ingat ; kitab bukan dijadikan untuk hiasan semata-mata J


10th dan yang terakhir sembahyang/berdoa. Kawan-kawan, kalau kita sedih, bersembahyang dan berdoalah. Sebab dengan sembahyang, kita dapat berkomunikasi dengan DIA. Paling best, bila semua orang dah tidur dan suasana senyap saja. Bila-bila masa pun boleh J

Masa tu kau nak menangis teresak-esak pun, menangislah ~ Sebab DIA mendengar rintihan hamba-hambaNya. Lagi kita minta tolong denganNya, lagi DIA suka. So jangan segan-segan, nak malu-malu. Sembahyang, berdoa dan luahkan segala-galanya dekat DIA  sebab Dia Maha Mengetahui segala-galanya.


Ingat ; Tuhan  tak kan turunkan dugaan kepada kita kalau Dia tahu kita tak mampu nak hadapinya. Ingat tu! :D











Yeahhhhhhhhhhhh ~ itulah dia 10 tips untuk putus cinta dan macamana nak elakkan dari rasa sedih sebab baru putus cinta. Aku bagi ni pun sebab aku tak tahu nak tulis apa dan kebetulan benda ni sebenarnya dah jadi draft aku masa aku putus cinta dulu,dalam masa yang sama aku pun mengalami hal yang sama dengan korang masa ni, hanya DIA saja yang tau apa yang aku lalui dulu, memang aku dah tak buat benda lain selain minum minum and minum. Tapi sekarang aku dah besar, aku boleh handle secara matang sekarang. Haaaa ~ jangan ikut cara aku minum tau, tak elok.

Ingat k kawan-kawan? Benda yang aku bagi ini sebenarnya mengambil masa bukannya zapp zapp zapp terus kau boleh happy dan cari pakwe/awek baru -.- Hampeh lah kalau macam tu. Sometimes kita memang nak cari yang baru kan untuk ganti tempat dia tu kan, tapi tipu la cakap kalau korang memang terus 100% berubah perasaan dengan yang baru, cehhh! Macam aku ni kan, aku pernah buat macam tu dulu, sekarang pun aku tengah buat juga tapi tak la terok sangat, hahaha :D  Nak melupakan seseoarang tu memang mengambil masa, maybe sampai berbulan-bulan dan bertahun-tahun jugak lah kan? Yang penting, hati mau kuat ^^


Sapa yang tengah putus cinta? Harap tips ini dapat tolong korang  lah J Hehehe ~

Mohon maaf jika ada salah cakap ke word yang tak berapa enak didengar ke ;
Sorry la entry kali ni aku guna “aku, kau” heheheheehehe, lebih sweet :D